Khasiat Limau Purut
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Thursday, January 6, 2011 at 11:56am
Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair.
Khasiat dan Kegunaan
1. Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik.
2. Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
3. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
4. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
5. Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
No comments:
Post a Comment